BeritaMenarik

TUNS dan TUNS PLUS mampu tingkatkan pendapatan peniaga kecil

REPAH: Inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS PLUS yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Sembilan mampu meningkatkan pendapatan peniaga kecil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

“Geran TUNS memfokuskan kepada pembelian mesin dan peralatan perniagaan bagi tujuan peningkatan perniagaan usahawan terutamanya dari segi produktiviti.

‚ÄúTUNS PLUS pula pinjaman tanpa faedah maksimum RM15,000,” jelas Veerapan.

Veerapan berkata demikian di Majlis Perasmian Perhiasan MEIHUA dan Program Tahun Baru Cina 2024 anjuran Kelab Motosikal Klasik dan Antik Tampin.

Dalam pada itu, Veerapan berkata, program berbentuk karnival ini memberi peluang kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan dan ia mampu menjana pendapatan untuk para peniaga kecil.

“Saya berharap program seumpama ini dijalankan pada masa hadapan demi memberi peluang kepada peniaga di samping menjadi program kemasyarakatan,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button