
SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan berikrar akan terus berkhidmat untuk rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, UMNO Negeri Sembilan mahu terus menabur bakti dan keringat bagi menjadikan kehidupan rakyat negeri ini bertambah baik berbanding sebelumnya.
“Tahun 2025 adalah masa di mana gerak kerja parti pada tahap pecutan yang lebih deras, agar rakyat dan ahli merasai sentuhan khidmat kita.
“Ayuh ahli-ahli parti, kita terus memperkukuhkan ukhuwah atas tunjang perjuangan yang kalis cabaran,” katanya.
Dalam pada itu, UMNO Negeri Sembilan telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Dato’ Mohd Asna Amin sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Biro Ekonomi.
“Tahniah YB dan semoga fokus yang digariskan untuk tahun 2025 dapat direalisasikan dengan baik, Insya Allah,” ujar Jalaluddin yang juga Exco Kanan Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jelebu.