Undang Luak Jelebu rasmi sambutan Maal Hijrah Daerah Jelebu

JELEBU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan Daerah Jelebu dan Masjid Kariah Teriang telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jelebu 1447H/2025M di Masjid Kariah Teriang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu, YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato’ Maarof Mat Rashad.
Pelbagai acara telah diadakan pada sebelah pagi seperti solat dhuha, pertandingan mewarna, memasak, sepak raga, congkak dan batu seremban serta cabutan bertuah.
Program berehat seketika pada tengahari dan disambung semula pada sebelah petang dengan ceramah dari Dr. Zulzaidi Mahmod dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dengan tajuk ‘Membangun Ummah Madani Dari Aspek Kekeluargaan’.
Sementara itu hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Dato’ Ir. Bakri Sawir dan wakil Pegawai Daerah Jelebu, Dr. Sallehuddin Mohd Noor.