Berita

Usaha pembaikan cerun berisiko tinggi giat dijalankan

JELEBU: Satu perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Jelebu telah diadakan bagi proses Pra-Pembinaan projek Pembaikan Cerun di Seksyen 7.8 Jalan Chennah-Kampung Esok.

Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, cerun tersebut memberikan risiko yang tinggi kepada pengguna jalan raya.

“Oleh itu perbincangan tersebut adalah bagi memastikan projek pembaikan cerun itu dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjaga.

“Saya berharap agar pihak kontraktor yang dilantik dapat menjayakan pelaksanaan projek ini mengikut tempoh masa, kualiti dan kos ditetapkan.

“Semoga pelaksanaan projek ini akan dapat mempertingkatkan keterhubungan masyarakat setempat dan seterusnya memangkin kelestarian rakyat,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button