BeritaMenarik

Veerapan Bapa Angkat Kontingen Olahraga SUKMA Negeri Sembilan

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam telah dilantik sebagai Bapa Angkat Kontingen Olahraga Negeri Sembilan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya telah dilantik sebagai Bapa Angkat Kontingen Olahraga SUKMA Negeri Sembilan yang bakal berlangsung di Sarawak bermula 17 Ogos hingga 24 Ogos 2024.

“Semestinya saya akan berusaha untuk memastikan pencapaian atlet Negeri Sembilan lebih baik daripada prestasi di SUKMA 2022 di Kuala Lumpur.

“Saya percaya atlet kita akan mempamerkan prestasi yang cemerlang dan berusaha memungut seberapa banyak pingat khususnya pingat emas.

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor di atas kepercayaan beliau yang melantik saya sebagai Bapa Angkat Kontingen Olahraga SUKMA Negeri Sembilan,” ujar Veerapan yang juga ADUN Repah.

Veerapan berkata demikian kepada Negeri Kita di Majlis Pelantikan Bapa Angkat Kontinjen Negeri Sembilan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 dan Majlis Penyampaian Dana Bantuan Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Sembilan yang telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES), Paroi.

Show More

Related Articles

Back to top button