Veerapan mahu pelajar India manfaat TVET
REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam mahu pelajar daripada kaum India memanfaatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Veerapan berkata, ini kerana TVET mampu memberikan peluang masa depan yang cerah.
“Selain itu, TVET bukan sahaja menyediakan kemahiran teknikal yang diperlukan industri, tetapi juga membentuk pelajar menjadi individu berdaya saing dan kemahiran tinggi.
“Ini supaya selaras dengan visi negara untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan inovatif.
“Pelajar yang memilih TVET sebagai laluan mereka juga mempunyai peluang yang cerah dalam pasaran kerja.
“Hal ini kerana banyak syarikat yang mencari pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional.
“Disebabkan itu, saya tidak mahu para pelajar khususnya daripada kaum India supaya ketinggalan dalam bidang TVET,” kata Veerapan.