Berita

Veerapan peka permasalahan penduduk

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam peka terhadap masalah yang menimpa penduduk di sekitar DUN Repah.

Veerapan berkata, oleh itu, satu sesi perjumpaan masyarakat diadakan diadakan di Pusat khidmat DUN Repah.

“Ini adalah bertujuan menjadi medan untuk mendengar masalah dan membantu menyelesaikan isu-isu yang menimpa mereka.

“Selain itu, ia juga boleh menjadi medan untuk mengumpul idea baharu demi memperkasakan gerak kerja komuniti.

“Sumbangan tenaga dan buah fikiran daripada masyarakat setempat akan menghasilkan impak yang lebih besar dan bermakna.

“Bersama kita gerakkan komuniti, kita cipta perubahan demi masa depan yang sejahtera,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button