Berita
Veerapan sumbang RM3,000 kepada JPKK Kampung Keru

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Keru.
“Sumbangan ini diberikan bagi membantu JPKK menjalankan aktiviti komuniti.
“Aktiviti komuniti adalah penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping memupuk kebersamaan serta memperkukuh kesejahteraan komuniti.
“Saya berharap agar program yang dirancang berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk khususnya di Kampung Keru,” kata Veerapan.



