Berita

Veerapan sumbang RM3,050 jayakan Jualan Agro Madani

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam menyumbang RM3,050 bagi menjayakan Jualan Agro Madani di Taman Rekreasi Tampin.

“Pelaksanaan Jualan Agro Madani ini anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dengan kerjasama FAMA Negeri Sembilan bersempena Karnival Rakyat Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-76 Peringkat Daerah Tampin.

“Program Agro Madani memberi ruang pilihan kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan terus dari pengeluar agromakanan dengan penjimatan kepada pengguna sehingga 30 peratus.

“Setiap penganjuran turut melibatkan jualan istimewa produk segar, pertanian, proses dan agromakanan,” kata Veerapan.

Turut hadir, ADUN Gemencheh, YB Suhaimizan Bizar dan Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Encik Firdous Abu Bakar.

Show More

Related Articles

Back to top button