Berita

Veerapan sumbang RM5,000 kepada SJKT Ladang Sendayan

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Hari Kemerdekaan SJKT Ladang Sendayan, Siliau.

Veerapan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi penganjuran aktiviti sekolah.

“Ini merupakan kali pertama saya hadir ke sekolah ini atas jemputan sekolah serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas penganjuran program yang penuh bermakna ini walaupun dengan serba kekurangan.

“Saya juga menyeru agar para murid perlu mempraktik disiplin yang tinggi demi mencapai kecemerlangan dalam akademik.

“Dalam pada itu, keseimbangan antara akademik dan pegangan agama perlu dalam membina insan yang berguna kepada negara.

“Para ibubapa juga perlu memainkan peranan bersama dengan pihak sekolah dalam mencapai aspirasi ini.

“Saya juga menerangkan inisiatif pendidikan Kerajaan Negeri termasuk Bantuan Anak Sekolah Rendah dan Menengah (BAS dan BAN), Bantuan IPTA sehingga RM1,000, Inisiatif Penyelenggaraan Sekolah sehingga RM20,000 serta Anugerah Kecemerlangan Ijazah Kelas Pertama kepada mahasiswa Negeri Sembilan,” kata Veerapan.

Dalam pada itu, Veerapan juga memaklumkan bahawa perhatian yang khusus telah diberi terhadap SJKT yang ditempatkan dalam kawasan ladang dengan merujuk isunya kepada beberapa kementerian bagi mencapai penyelesaian segera termasuk dana tambahan bagi pembangunan sekolah.

Majlis ini turut dihadiri Penolong Pengarah Unit Prasekolah dan Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Jayabalan Kandiah; Guru Besar SJKT Ladang Sendayan, Datin S.Yogeswari; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, G. Jayasundar dan Timbalan Yang DiPertua PIBG Sekolah, B.Vijaya.

Show More

Related Articles

Back to top button