Berita

Warga Emas Seremban Jaya mula terima bantuan RM200

SEREMBAN JAYA: Warga Emas dari DUN Seremban Jaya telah mula menerima bantuan RM200 daripada Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, beliau telah menyerahkan bantuan tahunan RM200 kepada lapan warga emas dari DUN Seremban Jaya.

“Sumbangan wang tunai ini telah disampaikan di bawah Bantuan Warga Emas 2024 (N9 Digital).

“Bantuan Warga Emas merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu warga emas yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button