BeritaMenarik

Tuaian fasa kedua berjaya hasilkan satu tan bawang

PUTRAJAYA: Tuaian fasa kedua bawang merah tempatan yang melibatkan keluasan 0.25 hektar di Ladang Kampung Bikam, Sungkai, Perak telah berjaya menghasilkan bawang sebanyak satu tan metrik dari varieti BAW-1.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Seri Mohamad Sabu berkata, ini membuktikan bahawa bawang dapat ditanam dan diusahakan di Malaysia.

“Insya Allah, Malaysia mampu mengurangkan kebergantungan kepada import bawang dari luar negara pada masa hadapan.

“Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia dan MARDI di atas kejayaan projek perintis ini,” kata Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button