1,167 orang peminjam tidak bayar pinjaman Yayasan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seramai 1,167 orang peminjam Yayasan Negeri Sembilan tidak membayar semula pinjaman kewangan pendidikan yang diberikan kepada mereka.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Notis Tuntutan Pinjaman berbentuk Surat Pemberitahuan sehingga Surat Amaran dalam satu tempoh masa yang bersesuaian.
“Walaupun begitu, sekiranya tiada pembayaran atau rundungan penyelesaian dibuat selepas Notis Tuntutan dikeluarkan, YNS akan meneruskan pinjaman dengan tindakan undang-undang.
“Ia adalah termasuk melalui proses penghakiman di mahkamah.
“Sekiranya berlaku kegagalan untuk peminjam membuat pembayaran, tuntutan pinjaman akan dilaksanakan melalui agensi kutipan bil swasta,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai di Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN, Negeri Sembilan yang ke-15.