Berita

Kerajaan Negeri dapat skor A+: LOKE

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook memberikan skor A+ kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Loke berkata, ini kerana Negeri Sembilan berjaya menukar defisit menjadi surplus sebanyak RM83 juta.

“Syabas dan tahniah kepada Menteri Besar, Pegawai Kewangan serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Ini membuktikan pengurusan kewangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah sangat berhemah.

“Kerajaan Negeri juga tidak bergantung dengan Kerajaan Persekutuan semata-mata,” kata Loke yang juga merupakan Menteri Pengangkutan.

Loke turut tabah bahawa, pencapaian ini adalah satu parameter yang penting dalam mentadbir Kerajaan Negeri.

“Namun begitu, saya berharap agar lebihan RM83 juta itu tidaklah disimpan semuanya.

“Sebaliknya, gunakan untuk menambah peruntukan bagi kesejahteraan rakyat,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button