Berita

120 peserta menjayakan Hari Bersama Komuniti di Lenggeng

LENGGENG: Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Faizal Ramli diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Dato’ Mohd Asna Amin telah menghadiri Hari Bersama Komuniti yang diadakan di NADI Lenggeng.

“Pelbagai aktiviti disediakan termasuk taklimat mengenai fungsi dan peranan NADI, Keselamatan Dalam Talian, pameran usahawan, Agensi Negeri iaitu Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Klinik Kesihatan Daerah dan Klik Dengan Bijak (KDB).

“Saya difahamkan seramai 120 orang peserta termasuk Komuniti MADANI telah terlibat menjayakan program bersama komuniti ini.

“Tahniah dan syabas kepada MCMC, NADI, Komuniti Madani dan semua komuniti DUN Lenggeng yang telah bersama-sama memeriahkan program pada hari ini,” kata Mohd Faizal.

Show More

Related Articles

Back to top button