Berita

136 rumah mampu milik bakal dibina di Gemas

SEREMBAN: Setelah tertangguh hampir 30 tahun, sebuah projek perumahan mampu milik akan dimulakan di Gemas tidak lama lagi.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Her Fatt Sdn Bhd, iaitu pemaju Taman Sahabat, Gemas untuk mempercepatkan projek pembinaan 136 unit Rumah Mampu Milik (RMM) Type A, berharga RM110,000.

“Pelaksanaan projek perumahan ini telah tertangguh hampir 30 tahun dan pemaju telah memberikan komitmen untuk memulakan projek dalam masa terdekat.

“Pemaju juga telah menyelesaikan semua tunggakan cukai tanah untuk membolehkan projek ini dimulakan.

“Pembinaan RMM Type A di Gemas sangat terhad kerana tidak ada pembangunan projek perumahan yang besar.

“Maka, pembinaan 136 unit RMM Type A di Gemas dapat memberikan peluang kepada keluarga di kawasan tersebut untuk memiliki rumah sendiri,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button