BeritaMenarik

522 penjawat awam Negeri Sembilan terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

SEREMBAN: Seramai 522 penjawat awam Negeri Sembilan terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, majlis ini merupakan manifestasi Kerajaan Negeri bagi menerap dan menghargai budaya cemerlang dalam perkhidmatan awam.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua kakitangan terutamanya penguatkuasa untuk melaksanakan tugas dengan lebih efisyen dalam memastikan segala peraturan yang telah ditetapkan dapat dipatuhi.

“Masalah yang dihadapi oleh rakyat perlulah diselesaikan dengan segera.

“Tanggungjawab dan kerjasama semua agensi dan jabatan adalah kunci kepada kejayaan segala usaha yang kita rancang untuk memastikan segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan.

“Besarlah harapan saya agar anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat untuk semua penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri Sembilan, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Penerima APC menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.

Show More

Related Articles

Back to top button