150 asnaf Port Dickson dan Nilai terima sumbangan kewangan MAINS
PORT DICKSON: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Port Dickson dengan kerjasama MAINS Cawangan Nilai telah mengadakan Program Memburu Lailatul Qadar dan Penyampaian Bantuan Asnaf di Masjid Jamek Dato’ Haji Abdullah Sijang.
Seramai 150 orang asnaf dari Port Dickson dan Nilai yang hadir telah mengikuti ceramah bertajuk ‘Memburu Lailatul Qadar’ yang disampaikan oleh Pegawai (Operasi) 1 MAINS Daerah Rembau, Zainal Samdin.
Asnaf yang hadir turut menerima sumbangan kewangan daripada Pengerusi MAINS, YBhg Dato’ Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.
Turut hadir, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa; Pegawai MAINS Daerah Port Dickson, Puan Norazlina Maarof; Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Encik Hazmi Abd Kadir dan Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, Mohd Khairani Abdul Bar.