150 warga emas terima sumbangan daripada Teo

BAHAU: Seramai 150 warga emas telah menerima sumbangan kewangan daripada Teo Kok Seong.
Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Bantuan Keceriaan Warga Emas dan akan menerima RM200 seorang.
Teo berkata, ia adalah keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada warga emas atas jasa dan pengorbanan mereka.
“Golongan warga emas juga telah banyak berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara sepanjang kehidupan mereka.
“Segala usaha pengorbanan serta sumbangan mereka telah menjadi asas kepada pembangunan yang kita nikmati hari ini.
“Semasa sesi penyerahan bantuan, saya dapat melihat senyuman yang terukir di wajah mereka.
“Sekaligus memberikan saya semangat untuk terus memperjuangkan dasar-dasar kebajikan yang lebih menyeluruh agar setiap warga emas dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa, bermaruah dan sejahtera,” kata Teo.
Teo turut tambah bahawa Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berpegang kepada prinsip pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat dengan melaksanakan lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.



