Berita

17 strategi dan 44 inisiatif jaga kebajikan dan angkat suara jururawat

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2026 yang berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya dengan tema ‘Our Nurses, Our Future: Empowered Nurses Save Lives’.

Profesion kejururawatan merupakan komponen terbesar dalam sektor kesihatan negara, dengan kekuatan melebihi 124,930 jururawat berdaftar, yang merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan tenaga kerja kesihatan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, KKM menyediakan Pelan Strategik Kejururawatan 2026–2036 yang dibangunkan berteraskan empat tonggak strategik utama:

1️⃣ Jobs and Workforce (Pekerjaan dan Tenaga Kerja)

2️⃣ Service Delivery (Penyampaian Perkhidmatan):

3️⃣ Education (Pendidikan)

4️⃣ Leadership and Governance (Kepimpinan dan Tadbir Urus)

Secara keseluruhannya, pelan ini mengandungi 17 strategi dan 44 inisiatif jangka panjang yang merupakan manifestasi komitmen KKM dalam menjaga kebajikan, memperkasa kepakaran, dan mengangkat suara jururawat dalam proses membuat keputusan kesihatan negara.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah bagi mengiktiraf kecemerlangan warga kejururawatan, termasuk Tokoh Anugerah Khas, Tokoh Jururawat Perdana (Perubatan dan Kesihatan Awam), Tokoh Jururawat Wawasan (Perubatan dan Kesihatan Awam), Tokoh Jururawat Harapan (Perubatan dan Kesihatan Awam), Tokoh Jururawat Masyarakat Wawasan (Perubatan dan Kesihatan Awam) serta Tokoh Jururawat Masyarakat Harapan (Perubatan dan Kesihatan Awam).

Sijil Pengiktirafan KKM disampaikan kepada empat penerima hasil kerjasama strategik antara KKM dan Roche Malaysia melalui inisiatif Cancer Care Closer to Community (CCC). Kesemua penerima telah menamatkan latihan Basic of Cancer Care (BOCC) bagi memperkukuh kompetensi penjagaan kanser di peringkat komuniti.

KKM kekal komited untuk terus memberi penghormatan kepada outstanding performers dan tokoh jururawat cemerlang bagi memupuk budaya kerja kelas pertama, profesionalisme, serta meningkatkan motivasi dalam kalangan wira dan wirawati negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button