Berita

200 keluarga India terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin

SIKAMAT: Sebanyak 200 buah keluarga berbangsa India telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada mereka yang menetap di dalam DUN Sikamat.

“Saya berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu mereka melakukan persiapan menjelang perayaan Deepavali.

“Tambahan pula, Deepavali menjadi lebih bermakna apabila dikongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Semoga sambutan Deepavali tahun ini akan menerangi kehidupan semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu khususnya warga Sikamat,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button