Berita
21 keluarga mangsa banjir dibantu Ismail
SENALING: Sebanyak 21 buah keluarga terjejas banjir kilat yang berlaku di Kampung Temeris.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Dato’ Ismail Lasim berkata, kesemua mangsa banjir telah diberi sumbangan.
“Ini bagi meringankan beban mereka yang mengalami kerugian akibat banjir.
“Dalam pada itu, saya juga turut melawat beberapa lagi kawasan di Felda Kepis Kampung Dioh, Seberang Pekan.
“Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan yang berlaku dan kesemua 24 buah keluarga selamat kembali ke rumah masing-masing,” kata Ismail.