Berita

25 pelajar IPT terima komputer riba percuma daripada Veerapan

REPAH: Seramai 25 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada keluarga kurang berkemampuan, menerima bantuan komputer riba daripada ADUN Repah, Veerapan Superamaniam.

Veerapan berkata, Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif bantuan komputer riba bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sejak tahun 2020.

“Komputer riba yang disumbangkan adalah mengikut spesifikasi keperluan kursus pengajian yang diambil.

“Pemberian komputer riba kepada mahasiswa yang memerlukan adalah untuk memudahkan melakukan tugasan di IPT masing-masing.

“Sumbangan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat komited bagi memastikan pendidikan di negeri ini semakin ke hadapan,” kata Veerapan di Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada pelajar IPT dari keluarga B40 di Balai Raya Tampin Tengah.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Pendidikan YNS, Ibrahim Noor Azam.

Show More

Related Articles

Back to top button