Berita

422 kontraktor selesai dilantik

SEREMBAN: Sebanyak 422 kontraktor kelas G1 selesai dilantik semalam bagi kerja-kerja penyelenggaran MARRIS Fasa 2.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, 422 kontraktor tersebut dipilih melalui cabutan undi daripada 1996 kontraktor yang layak.

“Kos perbelanjaan keseluruhan bagi kerja penyelenggaran tersebut adalah sebanyak RM42.20 juta kerana setiap satu projek adalah bernilai RM100,000 sahaja.

“Kaedah cabut undi yang dilakukan adalah merupakan pendekatan bagi memastikan ketelusan dan keadilan di samping memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor yang berkelayakan.

“Penyelenggaraan ini juga adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan keadaan jalan khususnya di negeri ini berada dalam keadaan terbaik.

“Kita tidak mahu negeri ini masih lagi dilihat gagal dalam menguruskan jalan-jalan yang berlubang atau rosak.

“Ini kerana rakyat sudah mula membuka mata dan peka dengan keadaan sekeliling mereka lebih-lebih lagi berkaitan jalan raya,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Program Cabutan Kerja Undi Fasa 2 Tahun Penyenggaraan Jalan MARRIS Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button