Negeri Sembilan ambil langkah proaktif menarik pelajar belajar STEM

SEREMBAN: Negeri Sembilan mencatatkan keputusan yang amat cemerlang dalam Keputusan SPM tahun 2024 baru-baru ini.
Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lasim berkata, Negeri Sembilan mencatatkan Gred Purata 4.18 berbanding 4.33 pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 0.15.
“Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menarik minat anak-anak mempelajari bidang Sains, Teknologi dan Matematik di sekolah terutamanya di kalangan pelajar luar bandar dan golongan keluarga B40 adalah seperti berikut:
a. Penganjuran bengkel-bengkel Mantap Math di sekolah-sekolah luar bandar dan melibatkan anak-anak golongan keluarga B40 seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shamsudin Naim, Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yusof Linggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau dan lain-lain sepanjang tahun 2024 bagi memperkuatkan asas Matematik di peringkat menengah rendah supaya dapat menarik minat mereka memilih bidang STEM semasa di Tingkatan 4.
b. Penganjuran program ‘Menerokai Teknologi Masa Hadapan’ tajaan Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama UKM Bangi pada 11 – 13 November 2024 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di mana 80 peserta terpilih.
Pengisian program adalah:
1. Pengaturcaraan mBlock dan mBot Robot
2. IoT dan Solar System menggunakan Halocode
3. Pengaturcaraan Dron Tello Edu
c. Penganjuran Kem Celik Robotik Karnival STEM 2024 dengan kerjasama MOSTI pada 24 Julai 2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hua, Seremban menggunakan peruntukan tajaan MOSTI.
d. Penganjuran Outreach STEM 2.0 Karnival Pembangunan STEM 2024 Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling pada 29 Julai – 1 Ogos 2024 yang mana menggunakan peruntukan tajaan Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.
Ismail berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Kota, Suhaimi Aini (BN) di Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.
Suhaimi bertanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan usaha bagi menarik minat anak-anak untuk mempelajari bidang Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) di sekolah terutamanya di kalangan pelajar luar bandar dan golongan keluarga B40?