Berita
535 pelajar sekolah terima sumbangan kewangan daripada Mohamad
RANTAU: Seramai 535 pelajar sekolah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Parlimen Rantau, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan.
Mohamad berkata, seramai 35 pelajar menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) dan 500 pelajar tahun 1 pula menerima Bantuan Awal Persekolahan yang merupakan sumbangan Yayasan Bank Rakyat.
“Dalam majlis yang sama, saya juga menyerahkan sumbangan warga emas kepada 234 orang warga emas yang berusia 70 tahun ke atas.
“Alhamdullillah, biarpun majlis ini ringkas, saya pasti sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung,” kata Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau dan Menteri Luar Negeri.
Kedua-dua majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung di Dewan Komuniti Rantau.