BeritaMenarik

59 projek pacu pembangunan pesisiran Pantai Port Dickson

SEREMBAN: Sebanyak 59 projek dicadangkan bagi memacu pembangunan pesisiran Pantai Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, ia merangkumi 31 projek strategik/berimpak tinggi, 12 projek utama dan 16 projek sokongan yang akan dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan iaitu Fasa 1 (Tahun 2020-2023), Fasa 2 (2023-2026) dan Fasa 3 (2026-2030).

“Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pesisiran Pantai Port Dickson yang disediakan untuk tindakan pelaksanaan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melibatkan projek-projek berkaitan cadangan jalan, laluan keretapi dan landskap seperti mana saranan dan kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Khas Negeri Sembilan Bil.5/2021 pada 4 Mei 2021.

“Salah satu projek yang telah dirangka pelaksanaannya oleh PLANMalaysia dan MPPD adalah penyediaan Pelan Tindakan Khas Bandar Lady Dickson Park, Port Dickson.

“Pembangunan projek ini yang berkonsepkan taman bandaran atau Taman Linear (Linear Park) akan melibatkan komponen pembangunan seperti berikut:

i. Zon A : Kawasan Arca, Railway Gate dan 3D Signage
ii. Zon B : Historical Interactive Zone (Rail Pump Car and Train Signal Pole)
iii. Zon C : Taman Laluan Kereta Api berlandskap dan laluan pejalan kaki
iv. Zon D : Outdoor Playground dan Outdoor Gymnasium
v. Zon E : Skate Park
vi. Zon F : Ampitheater
vii. Smart Crossing

“Agensi-agensi lain yang berkaitan juga telah sedia maklum berkaitan cadangan projek di dalam RKK Pesisiran Pantai Port Dickson dan akan mempertimbangkan pelaksanaannya mengikut keutamaan projek tersebut,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri juga sedang dalam perancangan untuk melaksanakan pembinaan sebuah pelabuhan AI di Pasir Panjang.

“Cadangan agar landasan baru atau aliran baru keretapi dari Seremban ke Port Dickson bagi pengurusan logistik telah dicadangkan dan pihak RAC juga telah diminta untuk menimbangkan perkara ini dalam masa terdekat,’ ujar beliau.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Lukut, YB Choo Ken Hwa (PH) pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

ADUN Lukut, YB Choo Ken Hwa (PH)
Show More

Related Articles

Back to top button