Berita
70 individu warga emas terima bantuan kewangan daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Seramai 70 individu warga emas telah menerima bantuan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.
Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Aspirasi Perpaduan.
“Pada fasa kedua ini seramai 597 orang telah menerima sumbangan tersebut.
“Manakala pada fasa satu, seramai 194 orang telah menerima bantuan tersebut,” kata Gunasekaren.