Berita

70 kanak-kanak warnai Program Khatan Perdana Port Dickson

PORT DICKSON: Lebih 70 kanak-kanak warnai Program Khatan Perdana yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Dato’ Abdullah Sijang Port Dickson.

Program ini merupakan acara tahunan yang dilakukan bagi memastikan kanak-kanak berkhatan kerana ianya sebahagian daripada kebersihan di dalam Islam.

Dalam masa sama, turut diadakan beberapa lagi aktiviti seperti Jualan Rahmah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pameran kesihatan oleh Klinik Kesihatan Port Dickson serta pertandingan mewarna anjuran KEMAS Daerah Port Dickson.

Program sebegini dapat mengeratkan ukhuwah antara masyarakat dan menjadi pembuka kepada kanak-kanak mendekati masjid.

Show More

Related Articles

Back to top button