9 premis disita, terdapat unsur perjudian
SEREMBAN: Sebanyak sembilan premis disita dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Operasi tersebut dijalankan selama dua hari dan mensasarkan beberapa premis yang dipercayai mempunyai unsur perjudian.
Sebanyak 14 premis diperiksa, sembilan premis disita manakala, 14 kompaun dikeluarkan.
Aktiviti yang tidak bermoral ini dijalankan dengan menggunakan modus operandi sebagai ‘Cafe’ dan kedai tambah nilai (top-up) di sebalik simbol tertentu yang dipamerkan di hadapan premis mereka.
Hasil tindakan ini juga akan disalurkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Operasi sebegini akan dijalankan dari semasa ke semasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh salurkan melalui SISPAA MBS.