Berita

Perlu ada titik noktah pemandu mabuk, dadah – Arul

Nur Syafiqah Mohd Jemmi

SEREMBAN:  Tragedi kemalangan yang meragut tiga nyawa di Gemas Baharu, Segamat, petang semalam perlu menjadi titik perubahan terhadap isu pemandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol di negara ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar menegaskan, sudah tiba masanya tindakan lebih tegas diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

“Perlu ada satu titik noktah untuk semua kemalangan disebabkan oleh pemandu yang mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

“Kita perlu memastikan jalan raya adalah selamat untuk semua,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam kejadian tersebut, tiga mangsa dilaporkan maut selepas sebuah lori merempuh sebuah van di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa tindakan undang-undang tidak seharusnya dipengaruhi oleh identiti individu yang terlibat.

“Sebenarnya saya tidak tahu siapa pemandu lori tersebut pun sehingga sekarang. Walau siapa pun, tindakan mesti sama diambil,” katanya.

Terdahulu, polis dilaporkan mengesahkan pemandu lori terbabit positif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Show More

Related Articles

Back to top button