Berita

Jalaluddin beri tempoh seminggu siasat pencemaran Sungai Pertang

PERTANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Dato’ Seri Jalaluddin Alias memberi tempoh satu minggu kepada pihak berkaitan untuk menyediakan laporan lengkap berhubung isu pencemaran Sungai Pertang yang didakwa berbau dan kotor.

Tindakan itu dibuat susulan aduan serius diterima daripada penduduk setempat yang mendakwa pencemaran berkenaan dipercayai berpunca daripada sebuah kilang ayam serta beberapa kawasan lain yang berkemungkinan menyumbang kepada masalah tersebut.

Jalaluddin berkata, pemantauan rapi akan dilaksanakan sehingga siasatan selesai dan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan kesejahteraan penduduk terpelihara.

“Saya memandang serius perkara ini dan akan pastikan ia dipantau sehingga selesai.

“Saya beri tempoh satu minggu untuk sediakan laporan aduan ini.

“Pembangunan industri di kawasan berkenaan amat dialu-alukan, namun ia tidak seharusnya menjadi beban atau ancaman kepada kesihatan rakyat.

“Isu sungai berbau dan kotor itu dikatakan telah menjejaskan kualiti hidup harian penduduk sekitar yang mahukan persekitaran lebih bersih dan selesa.

“Rakyat berhak menikmati persekitaran yang bersih dan selesa,” tegasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button