YB Kita

ADUN Pilah santuni penduduk Kampung Maasop Ulu sempena Aidiladha

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim meluangkan masa bersama masyarakat dalam Program Ibadah Korban di Surau Kampung Maasop Ulu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut beliau, program berkenaan berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat pengorbanan yang menjadi teras sambutan Aidiladha.

“Alhamdulillah, seusai program di Istana Seri Menanti saya berkesempatan bersama masyarakat dalam Program Ibadah Korban di Surau Kampung Maasop Ulu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak 90 bakul makanan kepada penduduk Kampung Maasop sebagai tanda ingatan dan kebersamaan dengan masyarakat setempat.

“Program ibadah korban tahun ini melibatkan seramai 21 peserta dengan penyembelihan tiga ekor lembu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Kampung Maasop Ulu.

“Alhamdulillah, dimaklumkan kepada saya seramai 21 peserta ibadah qurban tahun ini melibatkan tiga ekor lembu anjuran Jawatankuasa Surau Kampung Maasop Ulu,” katanya lagi.

Noorzunita turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli jawatankuasa surau yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program berkenaan.

“Tahniah saya ucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa Surau Kampung Maasop Ulu yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program tadi.

“Saya berharap ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button