Berita
AEON BiG pulang ke Seremban selepas sembilan tahun
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun merasmikan cawangan ke-22 pasar raya AEON BiG di Palm Mall Seremban.
“Saya mengalu-alukan pembukaan AEON BiG di Seremban yang membolehkan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Pembukaan AEON BiG ini juga membuktikan kuasa membeli penduduk Seremban sudah meningkat semula selepas terjejas akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.
“Saya berharap pemulihan ekonomi ini akan menggalakkan lebih banyak pusat membeli belah dibuka di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.