Berita
AI@NADI dilancarkan serentak seluruh Negeri Sembilan

SERI MENANTI: Program AI@NADI telah dilancarkan secara serentak di 62 NADI seluruh Negeri Sembilan.
Menteri Komunikasi, Dato’ Fahmi Fadzil berkata, ia adalah sebagai usaha untuk memperluas akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada komuniti setempat.
“Gimik pelancaran telah diadakan di NADI Seri Menanti sebagai simbolik pelaksanaan Kelas AI@NADI di seluruh Negeri Sembilan.
“Melalui inisiatif ini peserta didedahkan kepada penggunaan AI secara praktikal dalam pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan kehidupan seharian.
“Di samping menerapkan amalan penggunaan teknologi yang selamat, beretika dan bertanggungjawab,” kata Fahmi.



