Berita

AirTrunk tambah pelaburan RM12 bilion

KUALA LUMPUR: Syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia Pasifik dan Asia Barat, AirTrunk, akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan komited sebanyak RM27 bilion di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda bersama delegasi syarikat itu.

“Dalam perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat-pusat data AirTrunk di Johor selain rangka kerja lokalisasi yang bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai industri pusat data.

“Komitmen pelaburan berterusan oleh AirTrunk amat dialu-alukan dan diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif serta berkeupayaan tinggi.

“Keputusan ini mencerminkan keyakinan pelabur, khususnya syarikat teknologi global terhadap kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik, ketika kerajaan terus memperkemas dasar serta meningkatkan kecekapan pembangunan dan operasi pusat data,” katanya.

Beliau menambah, usaha berterusan kerajaan dalam memperbaiki ekosistem digital negara turut menjadi antara faktor utama yang menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button