Berita

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam sukan: MOHD RAZI

PERTANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Dato’ Mohd Razi Mohd Ali menasihatkan penduduk di Daerah Jelebu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu 2024, ini satu peluang yang baik untuk kita semua mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam sukan.

“Ini ialah kerana kedua-dua elemen atau aktiviti ini boleh dijadikan sebagai platform untuk memupuk semangat perpaduan dan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

“Saya menyeru semua warga dalam Daerah Jelebu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan, kerana kesihatan yang baik pada diri kita adalah aset berharga,”ujarnya.

Mohd Razi berkata demikian di Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu 2024 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang, Dato’ Seri Jalaluddin Alias dan ADUN Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir.

Show More

Related Articles

Back to top button