Berita

Amanat Tahun Baharu PMX malam ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baru pada 9.00 malam ini.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini.

“Di samping itu, saya juga akan menyatakan garis panduan matlamat serta hala tuju negara bagi tahun 2025.

“Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat kepada rakyat dan negara,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian menerusi hantaran Facebook pada malam Isnin.

Siaran langsung ucapan tersebut boleh diikuti di semua sosial media dan saluran media tempatan pada malam ini.

Show More

Related Articles

Back to top button