Berita

Amaran ribut berterusan sehingga esok

KKUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan yang sangat lebat berterusan yang dijangka melibatkan beberapa negeri di Semenanjung sehingga esok, 18 Disember 2025.

Bagi kategori buruk, turut menjangkakan hujan lebat berterusan berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran dan Bera), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) bagi tempoh yang sama.

Manakala kategori waspada, amaran hujan berterusan sehingga esok dikeluarkan kepada Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)

Orang ramai di kawasan ini dinasihatkan meningkatkan tahap kewaspadaan, memantau keadaan air di kawasan rendah, dan mengambil langkah pencegahan awal.

Show More

Related Articles

Back to top button