Berita
Aminuddin kini bergelar Dato Seri Utama
SERI MENANTI: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menerima darjah kebesaran Dato’ Seri Utama sempena Hari Keputeraan ke-76, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhun Tuanku Munawir pada hari ini.
Aminuddin mendahului senarai 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat yang diikuti Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selaku penerima tunggal Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Dalam pada itu Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof Madya Dr. Faudzinaim menerima Darjah Dato’ Paduka yang membawa gelaran Dato’.