Aminuddin lawat tapak projek Taman Arowana, Lenggeng
LENGGENG: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah turun padang bagi melawat tapak projek perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) yang bertempat di Taman Arowana, Lenggeng.
Aminuddin berkata, dalam tempoh setahun, pembangunan di kawasan tersebut hampir siap sepenuhnya.
“Projek ini dilaksanakan atas tanah berkeluasan 51.51 ekar milik MBINS dan terletak bersebelahan jalan utama Mantin-Broga.
“Tapak projek ini juga menawarkan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awa.
“Pembangunan RMM ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) dengan kerjasama pemaju Tuah Hartamas Development Sdn. Bhd.
“Besarlah harapan saya agar projek ini dapat memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah di negeri ini untuk memiliki kediaman sendiri,” kata Aminuddin.