Berita

Aminuddin mengandaikan PRN Negeri Sembilan akan diadakan pada tahun ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun memberi andaian bahawa Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) akan diadakan pada tahun ini.

“Kemungkinan mengadakan PRN-16 pada tahun ini ada. Kita tengok kesesuaian untuk mengadakan PRN.

“Pada masa yang sama, kita tengok juga jiran kita Melaka dan Johor yang turut disebut-sebut akan mengadakan PRN pada tahun ini.

“Mungkin PRN Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diadakan serentak. Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) pun dah nampak dekat rasanya.

“Itu antara faktor yang kita pertimbangkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan wartawan, Aminuddin berkata buat masa ini Pakatan Harapan Negeri Sembilan sedang bekerja dalam rangka sebagai entiti solo.

“Walau bagaimanapun kita serah kepada kepimpinan pusat dan kita akan akur kepada kepimpinan pusat.

“Kita di peringkat negeri akan akur kepada kepimpinan persekutuan, setelah berunding dan berbincang demi kebaikan semua,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button