Berita

Semua portfolio Exco Barisan Nasional digalas Exco Pakatan Harapan

SEREMBAN: Semua portfolio Exco Barisan Nasional dalam Kerajaan Negeri Sembilan, kini digalas oleh Exco Pakatan Harapan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, beliau kini menanggung tugas Exco Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

“Saya turut menggalas tugas Exco Pendidikan dan Modal Insan.

“Manakala YB Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim menjalankan tugas Exco Warisan.

“Tanggungjawab sebagai Exco Teknologi, Inovasi dan Digital pula diamanahkan kepada YB J.Arul Kumar.

“Sementara tugasan sebagai Exco Belia dan Sukan diserahkan kepada YB Nicole Tan Lee Koon,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, langkah ini diambil bagi memastikan sistem pentadbiran Kerajan Negeri berjalan lancar seperti biasa dan pada masa yang sama keperluan serta kebajikan rakyat Negeri Sembilan sentiasa diberi perhatian.

Aminuddin berkata demikian di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button