Aminuddin rai 55 anak Negeri Sembilan di Jordan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah meraikan 55 orang anak Negeri Sembilan yang sedang menuntut di Jordan.
Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan mereka.
“Oleh itu, saya telah memberikan sumbangan kewangan kepada mereka bagi menyuntik semangat mereka untuk lebih rajin dalam menuntut ilmu.
“Saya menyeru dan menggalakkan para pelajar agar balik berkhidmat di Negeri Sembilan dan dapat berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran mereka.
“Besar harapan saya supaya mereka berusaha sebaik mungkin dalam menuntut ilmu,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian sewaktu menghadiri Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Negeri Sembilan di Jordan.
Foto: Nabil Syafiq