YB Kita
Anak Orang Asli juga mampu jadi pemimpin

PERTANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Dato’ Seri Jalaluddin Alias menyatakan bahawa anak Orang Asli juga mampu untuk berjaya dan menjadi pemimpin.
“Hal ini dapat dilihat berapa ramai hari ini anak Orang Asli yang menjadi wakil rakyat, Pegawai Daerah dan sebagainya.
“Jangan ingat anak Orang Asli tidak mampu berjaya.
“Asalkan mereka ini hadir ke sekolah dan memberikan tumpuan.
“Di samping melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan keranan ia akan melahirkan pelajar yang cergas.
“Pelajar yang cergas akan membuatkan mereka menjadi lebih bijak dan sihat,” kata Jalaluddin.