Berita

Anak kelahiran NS raih gelaran Kebangsaan Junior Ketujuh

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy daripada Negeri Sembilan, Harleein Tan, sekali lagi membuktikan dominasinya apabila merangkul kejuaraan kategori perempuan Bawah-17 dalam Kejohanan Skuasy Junior Kebangsaan yang berlangsung di Gelanggang NSC, hari ini.

Harleein, yang turun sebagai pilihan utama, berjaya menundukkan pilihan kedua, Najwa Zara Fakhrur Razi daripada Kuala Lumpur, dengan kemenangan ‘straight set’ 13-11, 11-6, 11-0.

Atlet berusia 17 tahun itu merupakan sebahagian daripada pasukan Malaysia yang memenangi pingat perak di Kejohanan Skuasy Junior Asia baru-baru ini di Hong Kong.

“Ini merupakan gelaran kebangsaan junior saya yang ketujuh.

“Ia satu pencapaian besar bagi say, dan saya sangat bersyukur kerana dapat mengekalkan konsistensi ini,” kata Harleein.

Kejayaan keluarga Tan tidak terhenti di situ apabila adiknya, Hisshan Tan, yang beraksi dalam kategori lelaki Bawah-13, turut membawa pulang gangsa selepas menewaskan Danish Zikry Shaiful Bakhtiar dari Terengganu dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 11-4, 13-11, 5-11, 5-11, 11-7.

Show More

Related Articles

Back to top button