Berita
Annas selamatkan maruah NSFC
KUCHING: Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC), Annas Rahmat menyelamatkan maruah skuad Jang apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada kecederaan.
Sebelum itu, skuad Jang yang berkunjung ke Sarawak bagi menentang Kuching City dalam keadaan hujan.
Walaupun dalam keadaan licin, kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan yang menarik walaupun tiada sebarang gol selama 90 minit permainan.
Namun, keadaan kucar-kacir yang berlaku di hadapan gawang NSFC dimanfaatkan oleh Hazwan Bakri.
NSFC bakal bertemu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Paroi pada 1 November ini.24.