Berita

Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2025

SEREMBAN: Majlis Perasmian Hari Belia Negara dan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2025 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi.

Majlis perasmian telah sempurnakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan bersama Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan belia.

Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperoleh pencapaian yang membanggakan negara dalam pelbagai bidang.

Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.

Untuk rekod Persatuan Belia Dinamik Barat yang lulus pendaftaran pada 22 Januari 2009 telah menerima penarafan lima bintang bagi Tahun 2020, 2021, 2022 Dan 2023 dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ROY serta Penghargaan Badan Operasi Tahap Emas dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda The Duke of Edinburgh’s International Award di bawah Kementerian Belia dan Sukan semenjak Tahun 2014 hingga 2024 .

Persatuan ini juga pernah menjadi Johan APBN Negeri Sembilan Kategori Pertubuhan Belia pada 2014, 2018 dan 2022 dengan merangkul tempat ketiga kebangsaan pada tahun 2022 untuk Kategori Pertubuhan Belia dalam APBN.

Persatuan Belia Dinamik Barat kali ini muncul Naib Johan APBN (Kategori Pertubuhan Belia).

Turut hadir, Pengarah JBS Negeri Sembilan, Ahmad Syariffuddin Sarmin; Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos Rusli; Exco Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon; ADUN Chembong, Dato’ Zaifulbahri Idris; ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir; Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan, Dato’ Abd Samad Ibrahim; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr.Zuraida Mohamed; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan; Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Dalila Sharingat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Negeri Sembilan, Dato’ Rozitta Sulaiman.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button