PUTRAJAYA: Kerajaan akan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai kesinambungan kepada agenda reformasi menyeluruh negara, penubuhan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan adalah bermatlamat untuk mencari ruang mengurangkan pertindihan fungsi dan seterusnya menjana penjimatan dana negara.
“Tatakelola yang lebih baik bukan sahaja untuk menoktahkan budaya menyakau serta ketirisan, bahkan memudah cara perniagaan serta mengurangkan kerenah birokrasi yang menambah kos dan masa.
“Saya ingin tegaskan kepentingan Kerajaan meningkatkan tatakelola penjawat awam dalam agenda keseluruhan penstrukturan semula ekonomi negara,” ujarnya.
Anwar berkata demikian dalam amanat di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya.