Berita
Arul tinjau persiapan Karnival Deepavali NS
SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar telah turun padang bagi meninjau persiapan Karnival Deepavali Peringkat Negeri Sembilan 2024.
Arul Kumar berkata, tahun ini sebanyak 210 ‘booth’ dibuka di Taman AST Seremban dan Rangoli Walk (Jalan Lee Fong Yee).
“Pihak penganjur hanya mengenakan bayaran sewaan yang sangat minimum kepada setiap gerai.
“Karnival sebegini juga dapat memberi ruang kepada peniaga tempatan untuk menjual barangan mereka dan mendapat pulangan yang baik.
“Dalam masa sama, saya juga menjemput orang ramai untuk hadir ke Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2024 dan memberikan sokongan anda kepada semua peniaga,” kata Arul Kumar.